Perisian Al-Quran Percuma


Zekr ialah perisian Al-Quran sumber terbuka (open source) untuk Windows, Linuxdan Mac. Zekr boleh didownload secara percuma melalui zekr.org.
Sebagai perisian sumber terbuka, anda boleh menambah terjemahan, bacaan dan tema ke dalam Zekr.

Fungsi2 utama Zekr

- Ayat suci Al-Quran beserta bacaan audio
- Fungsi terjemahan (English, BM, Arab dll)
- Kebolehan menukar bentuk paparan, layout dan tema
- Antaramuka yang ringkas dan senang digunakan

Zekr dalam Bahasa Melayu

Untuk menukar language default kepada bahasa melayu, tekan Tools > Options > dan set Language kepada Malay – Malay.
Untuk menambah terjemahan bahasa melayu, pertama sekali sila downloadmalaysian.trans.zip, atau direct link. Kemudian tekan Tools > Add > translation > dan locate file malaysian.trans.zip yang anda download tadi, Tekan yes untuk install translation.
Selepas itu, tekan View > Translation > dan pilih Bahasa Malaysia.
Sekarang anda sudah boleh menggunakan perisian Zekr dalam BM. Selepas ini, luang2kanlah sedikit masa membaca ayat suci Al-Quran di komputer anda walau sesibuk mana pun. Kalau tak baca pun, sekurang2nya play audio bacaan Al-Quran tu pun dah cukup memadai.
Selamat mencuba semua!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Facebook Kami