DAP Adalah Parti Hipokrit, Rasis Dan Penuh Tipu Daya



DAP Adalah Parti Hipokrit, Rasis Dan Penuh Tipu DayaPDFPrintE-mail

KUALA LUMPUR, 26 Ogos – DAP terbukti sebuah parti yang hipokrit dan bersikap tidak seperti mana yang dicanangkan kepada khalayak sebaliknya apa yang diluahkan tidak pernah seiring dengan apa yang dilakukan oleh mereka.

Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Sarawak, Datuk Fadillah Yusuf mendedahkan bahawa sikap DAP yang menjadi dalang dalam pakatan pembangkang sering berubah-ubah mengikut selera mereka asal saja memberi kepentingan politik dalam apa yang mereka lakukan.

“Sudah banyak yang dilakukan oleh DAP tidak sama dengan apa yang mereka lontarkan ketika mereka mahukan undi daripada rakyat semasa kempen pilihan raya sama ada di peringkat pusat atau dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak baru-baru ini, semuanya adalah palsu semata-mata,” katanya.

Jelasnya, bukan itu saja malahan DAP bersikap rasis dengan menuduh pihak lain sebagai rasis sedangkan dalam masa yang sama apa yang mereka nyatakan tidak sama dengan apa yang dilaksanakan.

“Anggota DAP sentiasa menuduh kononnya UMNO parti yang rasis kerana memperjuangkan nasib Melayu sahaja sedangkan atas perjuangan UMNO bersama Barisan Nasionallah maka semua kaum dalam negara dapat dirapatkan dan kesejahteraan dirasai bersama-sama.

“Bayangkanlah jika benar UMNO rasis maka bangsa mana yang bergelar paling kaya di Malaysia tetapi UMNO dan orang Melayu tidak pernah mempertikaikannya sedangkan DAP jika bercakap berkaitan isu sekolah Cina maka akan berhabis-habisan mempertahankannya sehinggakan pihak lain dipersalahkan walhal BN selaku kerajaan tidak pernah mengendahkan mana-mana sekolah jenis kebangsaan sebagaimana disebut dalam Perlembagaan.”

Beliau yang juga anggota Parlimen Petra Jaya menegaskan bahawa sikap hipokrit DAP ini amat terserlah apabila berdepan dengan pilihan raya.

“Jika sebelum pilihan raya dijalankan DAP menjanjikan macam-macam perkara kepada rakyat tetapi apabila mereka beroleh kemenangan maka semua yang diluahkan ibarat tidak pernah disebut malahan kerajaan pusat pula yang akan dipersalahkan sekiranya masyarakat di kawasan mereka tidak mendapat pembelaan.

“Inilah Dap, bukan hanya di Sarawak tetapi tentunya semua pihak dapat melihat bagaimana pentadbirannya di Pulau Pinang yang langsung tidak seimbang, tiada pembinaan rumah kos rendah hinggakan rakyat yang tidak berkemampuan terpinggir, tetapi yang dilaungkan lain pula,” katanya.

Beliau turut menyebut berkaitan janji DAP semasa Pilihan Raya Negeri Sarawak untuk melantik kaum bumiputera iaitu Baru Bian sebagai Ketua Menteri sekiranya mendapat kemenangan tetapi apabila DAP beroleh kemenangan yang banyak maka jawatan ketua pembangkang pun disandang sendiri.


Salinan dari >>selangorterkini.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Facebook Kami