Bangsa Ultra Kiasu Semakin Bongkak
Ahad
lalu kita dikejutkan dengan Perhimpunan 325 ultra kiasu sekitar kolej
perkauman mereka, ala universiti merdeka di Kajang. Saya tertanya-tanya
bagaimana perhimpunan perkauman sebegini diberikan permit. Sepatutnya
ISA lah jawapannya. Tetapi kita tidak pernah lakukan. Ini toleransi dan
mulianya hati budi pemimpin. Berbanding dengan undang-undang di
Singapura, panggilan ‘anjing’ sudah membolehkan seseorang itu dipenjara
atau didenda dan beberapa kemudahan ditarik balik. Di negara kita, tiada
sebarang tindakan dikenakan walaupun perkataan lebih hina dan lucah
digunakan serta sentimen perkauman dimainkan.
Saya telah pergi
ke kolej yang dipunyai oleh ultra kiasu ini (tempat perhimpunan) enam
tahu lalu. Operasinya langsung tidak mencerminkan identiti kebangsaan,
sama seperti kolej di negeri China. Laman webnya pun langsung tidak
menggunakan bahasa Melayu. Saya tidak faham bagaimana kolej ini boleh
diikhtiraf sebagai salah satu IPTS negara ini. Apa boleh buat, semua
telah diluluskan. Kita tidak pernah bertegas, malah semakin tunduk
kepada tuntutan dan tekanan. Malang sungguh negara ini, identiti
kebangsaan langsung tidak tertonjol,yang menonjol adalah identiti orang
lain.
Beberapa laman web ultra kiasu melaporkan perhimpunan
tersebut disertai oleh lebih 5000 orang. Manakala akhbar ultra kiasu
melaporkan lebih 7000 orang. Angka tidak penting, walaupun sering
dimanipulasikan oleh akhbar ultra kiasu untuk menunjukkan mereka hebat.
Tidak mustahil bilangannya agak ramai kerana jika pelajar-pelajar dan
ibu bapa kolej ultra kiasunya turun, sudah cukup mendapatkan angka
tersebut. Pada saya, perhimpunan ini tidak perlu dianggap sebagai satu
gugatan. Apa yang penting adalah tindakan pro aktif kita, bukan action
oriented, takut kepada mereka. Agenda kebangsaan mesti diperkasakan
daripada agenda perkauman komunis mereka.
Tuntutan mereka amat
tidak logik dan begitu ektrem. Inilah strategi komunis yang dipakai
sekian lama. Walaupun komunis telah tiada, tetapi pemikirannya masih
kuat. Tuntut sebanyak-banyaknya, mereka tahu kerajaan tidak akan tunduk.
Namun, kerajaan akan beri sedikit. Pemberian sedikit itulah kemenangan
terbesar buat mereka. Kerajaan sepatutnya sudah dapat membaca strategi
lapok ini. Jangan gentar sama sekali dengan ugutan menjelang pilihan
raya. Biar kalah, tetapi bermaruah, daripada menang, tetapi tergadai
segala-galanya. Generasi akan datang menderita. Kita akan dikutuk sampai
bila-bila
Antara tuntutan kumpulan ultra kiasu ini adalah;
Pertama, segera keluarkan guru Cina yang tidak latar belakang sekolah Cina atau mengambil mandarin dalam sijil SPM.
Kedua, sediakan kursus khas bahasa Cina kepada guru yang mengajar
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, minima tiga tahun, supaya mereka
dapat menguasai ketiga-tiga bahasa ini.
Ketiga, rombak silibus latihan perguruan supaya guru bahasa Cina benar-benar layak untuk mengajar bahasa Cina.
Keempat, rombak akta pelajaran bagi memastikan sekolah vernakular dilindungi dan setaraf dengan sekolah kebangsaan.
Siapakah ultra kiasu ini yang begitu biadab dan kurang ajar, yang
begitu berani mencabar kerajaan? Mereka tidak layak hidup di negara
bertuah yang memberikan banyak kebebasan sehinggakan identiti negara
tidak terserlah. Tuntutan ini amat tidak masuk akal. Sebahagian orang
Cina sendiri tidak selesa dengan tuntutan terlalu ultra ini. Justeru,
tidak wajar kita salahkan semua orang Cina.
Saya cadangkan
ultra kiasu membawa tuntutan yang boleh memporakperandakan negara ini ke
negara komunis China. Saya amat yakin, komunis China pun tidak dapat
menerimanya walaupun berkaitan dengan agenda bangsa Cina, kerana memberi
ancaman kepada keselamatan kerajaan. Tidak perlu pergi jauh, lihatlah
berapa ramai yang menjadi korban dalam peristiwa Tiananmen 1989, hanya
kerana mereka menuntut kebebasan dan demokrasi? Seramai 400-800 orang
(The New York Times) telah menjadi korban dan ribuan cedera. Selain
tindakan ketenteraan, kerajaan China telah melakukan penangkapan
besar-besaran untuk menyekat kebangkitan penunjuk perasaan dan pengikut
pro demokrasi di seluruh China.
Media asing diharamkan dari
membuat liputan. Media awam dikawal dalam membuat segala liputan media
mengenai kejadian tersebut. Lihat betapa bertuahnya negara ini, media
ultra kiasu mempropagandakan isu ini tidak pernah habis dan terus
memainkan sentiment perkauman. Kita terus berlembut. Jika adapun
tindakan, hanya surat tunjuk sebab dan amaran, pun tidak berani
menjentiknya. Kenapa? Takut mereka tidak mengundi kita. Nasihat saya,
berilah sebanyak manapun, ultra kiasu tidak akan mengundi kita.
Apa yang dibuat oleh kerajaan kita terhadap perhimpunan perkauman ini?
Boleh dikatakan tiada. Mereka terus melakukan provokasi. Jika
Kementerian Pelajaran tunduk kepada tuntutan ultra ini, maruah kita
berada di tahap yang paling hina dan amat rendah sekali. Jangan terlalu
mengharapkan undi sehingga maruah dan harga diri negara ini tergadai.
Pentingkan agenda kebangsaan berbanding agenda bangsa. Jika mereka
benar-benar ikhlas sudah tentu agenda kebangsaan (bahasa Melayu)
dibincang atau dibawa bersekali. Ini tidak, semuanya mesti cina, cina
dan cina seperti di negeri China.
Mereka tidak pernah risau
sebahagian produk SJKC yang langsung tidak boleh menguasai dan
berkomunikasi dalam bahasa kebangsaan. Malah mereka tutup kedua-dua
belah mata. Masalah yang dihadapi oleh kementerian pelajaran, langsung
tidak mahu diambil tahu. Mereka hanya tahu hak mereka mesti dipenuhi.
Hak orang lain langsung tidak dihiraukan. Sedangkan toleransi kerajaan
sudah sampai ke tahap maksimum. Tindakan sebegini hanya akan membuahkan
dendam.
Dalam pembinaan negara bangsa, tidak salah jika orang
Cina kurang sedikit kecinaannya, lebih kepada kemalaysiaannya. Lagipun
mereka bukan bangsa majoriti. Barulah betul dikatakan Malaysian first.
Saya tidak nampak identiti dan jatidiri orang Melayu dan bumiputera hari
ini begitu terangkat dan terdarjat walaupun mereka adalah majoriti.
Mereka sanggup berkorban menggadaikan identiti bangsanya, demi menjaga
hati orang lain. Namun, madu dibalas tuba. Ingatan saya kepada kerajaan,
jangan biarkan pemikiran komunis ini menguasai kita.
Toleransi kita sudah tidak ada tolok banding. Dahulu, terdapat
peruntukan Akta Pelajaran 1961 memberi kuasa mutlak kepada Menteri
Pelajaran untuk menghapuskan sekolah vernakular. Sebagai menghormati hak
bangsa lain, peruntukan ini telah dimansuhkan dalam Akta Pelajaran
1996. Menteri Pelajaran tidak ada kuasa lagi menghapuskan sekolah
vernakular. Nampaknya, pemikiran komunis tidak pernah menghargai
toleransi kerajaan.
SJKC yang dahulunya dikategorikan sebagai
sekolah bantuan modal, hari ini hampir ditanggung sepenuhnya oleh
kerajaan. Ini tidak termasuk hampir 400 SJKC yang dibina sepenuhnya oleh
kerajaan termasuk bangunan dan tanah. Menjelang pilihan raya, ke mana
sahaja Perdana Menteri membuat lawatan ada sahaja SJKC/T baru yang
diluluskan. Rumah ibadat janganlah dicerita.
Saya tidak pasti
penambahan Sekolah Kebangsaan dan sekolah agama, sebab tidak dilaporkan.
Yang pasti, bangsa lain semakin mendapat tempat dan diraikan menjelang
pilihan raya umum. Tidak cukup dengan itu, kaduk terus naik junjung,
mereka terus mendesak ditambah lagi, seolah-olah tidak pernah cukup,
termasuk penambahan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJKC) dan
Sekolah Persendirian Cina serta sijil-sijil sekolah perkauman (UEC) yang
mesti diikhtiraf.
Maka tidak hairanlah, baru-baru ini
Kementerian Pengajian Tinggi telah menerima 146 institusi pengajian
tinggi di China menjadi kumpulan pertama yang diiktiraf Agensi Kelayakan
Malaysia (MQA), susulan Perjanjian Pengiktirafan Seiring (MRA) yang
ditandatangani Malaysia dan China pada 28 April 2011.
Antara
universiti China yang diiktiraf ialah Universiti Anhui, Universiti
Beihang, Universiti Fudan dan Universiti Donghua. Ini tidak termasuk
kerjasama dengan Taiwan. Saya tidak menolak akan kerjasama tersebut,
tetapi apakah mekanisme seterusnya. Siapakah yang akan belajar di sana?
Apakah kritirianya? Menggunakan SPM atau UEC? Bagaimana pemantauan boleh
dilakukan dengan lambakan IPTS perkauman yang tidak terkawal terutama
kolej ultra kiasu di Kajang itu. Selepas ini dan selama inipun mereka
terus mendesak supaya agar graduan-graduan mereka ini diterima memasuki
perkhidmatan awam tanpa syarat.
Jika demonstrasi inilah yang
mahu dijadikan ukuran untuk menggegarkan kerajaan, saya fikir sekolah
agama rakyatpun akan berdemonstrasi juga. Lihatlah dan pergilah membuat
lawatan ke sekolah agama rakyat, ibarat segan mati tak mahu. Pernahkah
orang Islam membuat tunjuk perasaan seperti ultra kiasu. Sedangkan hak
Islam dan orang Islam dijamin dengan jelas dalam perlembagaan, terutama
perkara berkaitan dengan pembinaan institusi Islam yang mesti dibiayai
oleh negara.
Saya tidak pernah risau majoriti mereka mengejek
timbalan menteri pelajaran ketika perhimpunan. Ini sebahagian daripada
taktik strategi mereka. Selepas ini perkara ini akan dibawa kepada
menteri pelajaran dan diminta menebuskan balik penghinaan tersebut untuk
menagih simpati. Akhirnya, kerajaan jadi sedih bersimpati, dan
memberikan segala tuntutan mereka. Taktik lapok ini sudah lama saya
fahami. Bila tuntutan itu dipenuhi, malah menteri tersebut akan dijulang
kembali oleh ultra kiasu.
Bayangkan jika kita tunduk kepada
tuntutan tersebut, apakah akan terjadi kepada agenda kebangsaan dan
pembinaan negara bangsa. Saya menyeru kepada Umno dan Pas, jangan tunduk
kepada ultra kiasu ini. Sama ada dipenuhi atau tidak, tuntutan mereka,
mereka tidak akan mengundi Umno (BN) dalam pilihan raya akan datang.
Bukti yang ada sudah cukup jelas. Jika diberi, bermaharajalelalah
mereka. Jika tidak diberikan pun, mereka masih menang, kerana mereka
sudah ada wakil dalam BN dan kerajaan ultra kiasu di beberapa negeri.
Justeru, janganlah lihat demonstrasi ultra kiasu ini sebagai ancaman.
Tetapi lihat demontrasi itu sebagai peluang untuk kita memperkasakan
agenda kebangsaan, bukannya tunduk kepada pemikiran komunis ini .
Prof. Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Sumber:- http://www.facebook.com/MelayuIslamBersatu/posts/387278454630404?__adt=17
Tiada ulasan:
Catat Ulasan