China larang pegawai, pelajar berpuasa
BEIJING - Pihak berkuasa di wilayah Xinjiang, barat daya China melarang para pegawai dan pelajar beragama Islam daripada berpuasa pada bulan Ramadan.
Tindakan itu mendorong sebuah kumpulan hak asasi memberi amaran keganasan terbaharu akan berlaku di rantau berkenaan.
Pekeliling yang disiarkan di beberapa laman web pemerintah meminta pemimpin Parti Komunis supaya mengehadkan aktiviti keagamaan penduduk Islam sepanjang bulan puasa termasuk berpuasa dan berkunjung ke masjid.
"Para pegawai Parti Komunis, kakitangan awam (termasuk mereka yang bersara) dan pelajar dilarang daripada menyertai aktiviti keagamaan pada bulan Ramadan," menurut pekeliling berkenaan.
Xinjiang dihuni oleh sembilan juta etnik minoriti Uighur yang beragama Islam.
Penduduk Islam sebelum ini mendakwa sering menjadi mangsa penganiayaan pemerintah China.
Keganasan etnik terburuk berlaku di Xinjiang pada 2009 apabila penduduk Uighur menyerang bangsa Han di bandar Urumqi yang menyebabkan 200 orang terbunuh. - AFP
sumber: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0802&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm
Komen:
Adakah kita negara kita ini berlaku seperti itu..??
Pihak Pembangkang yang terang-terangan menyokong perjuangan komunis di negara ini .
Apa akan jadi bila mereka berjaya menguasai pemerintahan negara...
fikir-fikirkan...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan