Kristian Sudah Berani Edar Bible di Sekolah/ Orang Islam di P. Pinang


GEORGETOWN: Dua lelaki dipercayai pendakwah Kristian dikesan mengedarkan Bible di hadapan sebuah sekolah menengah di Jelutong, tengah hari semalam.

Dalm kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, mereka yang berpakaian kemas didakwa mengedarkan Bible kepada kira-kira 50 pelajar termasuk pelajar Islam yang sedang masuk dan keluar sekolah ketika waktu pertukaran sesi persekolahan pagi dan petang itu.
Perbuatan yang menyalahi Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan yang melarang penyebaran agama lain kepada umat Islam tu seperti sengaja mencabar kesabaran umat Islam selepas isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible berbahasa Melayu dibangkitkan semula oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng, baru-baru ini.


Sehubungan itu, sebuah badan bukan kerajaan, Persatuan Mukabuku Pulau Pinang membuat laporan polis di Balai Jelutong, di sini, kira-kira jam 12 malam tadi.

NGO berkenaan mendesak supaya satu siasatan dibuat oleh polis di peringkat negeri berhubung penyebaran dakyah agama lain kepada umat Islam serta mendesak Kerajaan Pusat menguatkuasa tindakan mengikut Perkara 11(4) Perlembagaan Negara.

Sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/DualelakidipercayaipendakwahKristiandikesanedarBibledisekolah/Article/


komen...

Ini bukan kali pertama pihak kristian melakukan dakyah sebegini
....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Facebook Kami