Bila Pemimpin Islam Bina Kuil...
Berikut adalah nukilan dari seorang saudara seagama kita. Artikel ini di ambil dari:-
http://www.facebook.com/AnakMudaSayangkanMelayu
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum wbt. Saya memohon maaf jika artikel saya ini tidak berkaitan dengan tajuk, tetapi saya ingin juga menulis bagi meluahkan pandangan saya dalam arena politik kerana sesungguhnya agama dan politik tidak boleh sesekali dipisahkan.
Sebelum saya meneruskan, saya minta setiap pembaca menggunakan akal bagi membuat keputusan kerana itulah gunanya akal. Saya adalah pelajar yang berasal dari Kelantan dan bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Umur saya adalah hampir seusia dengan pentadbiran Pas di Kelantan iaitu 19 tahun. Datuk dan moyang saya adalah imam di sebuah kampung dalam daerah Pasir Mas/Tumpat.
Setentunya keluarga kami adalah penyokong Pas yang amat setia sehinggakan TG Nik Aziz sendiri pernah beberapa kali menggunakan rumah antara ahli keluarga kami bagi mengadakan ceramah Pas.
Namun akhir-akhir ini keluarga kami agak 'pening' apabila memikirkan telatah beberapa pemimpin Pas yang seolah-olah sanggup menggunakan agama bagi meraih undi.
Inilah yang menyedihkan kami. Selama Pas bertapak di Kelantan, setahu saya Pas tidak pernah membina sebuah masjid pun bagi menjalankan syariat Allah di bumi Kelantan.
Kami sememangnya boleh menerima kenyataan bahawa kerajaan negeri tidak mempunyai wang kerana kerajaan Pas adalah kerajaan yang bersih.
Oleh itu keluarga kamilah antara keluarga yang aktif memberi sumbangan terhadap pembinaan masjid dan pembangunan beberapa sekolah tahfiz termasuk menyediakan tanah untuk membuat fasiliti dan tidak kurang juga sumbangan kewangan kerana keluarga kami diberi kurniaan rezeki yang murah dari Allah SWT.
Tetapi kami agak terkilan apabila 'berhala' kaum Buddha begitu aktif dibina di Kelantan. Dan yang lebih menyedihkan saranan Rasulullah SAW agar 'berhala' ini dibina lebih rendah dari menara masjid seolah-olah tidak dijalankan di negeri yang kami banggakan sebagai Serambi Mekah.
Seingat ayah saya, semasa kerajaan BN mentadbir Kelantan, permohonan kaum Siam untuk membina sebuah berhala di Kampung Berok, Pasir Mas tidak diluluskan kerana ketinggiannya yang agak menonjol. Lalu setelah dipohon lagi, maka kerajaan BN meluluskan dengan syarat;
1. Berhala itu tidak boleh dibuat menegak, tetapi perlulah dibaringkan.
2. Berhala hendaklah terlindung agar tidak mengganggu kaum Melayu di sekitarnya.
Tetapi di bawah kerajaan Pas mentadbir semakin banyak projek 'berhala' yang diluluskan di Kelantan. Berhala duduk yang berada di Jong Bakar, Tumpat telah diluluskan walaupun ketinggiannya menyamai 5 atau 6 tingkat bangunan.
Jadi kami agak terkilan, tetapi memandangkan kami inginkan sebuah kerajaan Islam, maka kami masih lagi menyokong kerajaan Pas, bahkan moyang kami telah mendermakan seutas tali lehernya yang bernilai beberapa ribu ringgit ketika ceramah Pas yang dianjurkan ketika saya di sekolah rendah sebagai tanda sokongan.
Tahun demi tahun berlalu dan sekali lagi kami dikejutkan dengan pembinaan berhala dekat dengan 'Kok Keli'. Dan apa yang menyedihkan lagi TG Nik Aziz sendiri yang datang merasmikan beberapa majlis keagamaan.
Kemudian sekali lagi kami dikejutkan dengan pembinaan terbaru 'berhala Buddha' terbesar di Asia Tenggara di Kampung Tawang, Bachok. Atas dasar ingin tahu, demi Allah, saya, ayah, ibu dan adik lelaki telah pergi ke wat Siam di Kampung Tawang yang menempatkan berhala yang terbesar di Asia Tenggara.
Ditakdirkan Allah, kami telah diberi penerangan oleh saminya sendiri yang datang kepada kami setelah melihat kami melawat berhalanya. Pakaian sami itu berwarna putih.
Menurut tok sami itu ketinggian berhala ini menyamai 12 tingkat bangunan. Ketinggiannya melebihi 100 kaki dan diletakkan secara berdiri. Berhala ini dibina betul-betul bertentangan dengan kiblat solat.
Menurut sami itu lagi kerajaan negeri sendiri telah meluluskan projek itu dan telah memberi sumbangan sebanyak RM60 RIBU RINGGIT melalui wakilnya Datuk Anuar Tan. Kami terkesima mengapa dengan mudah peruntukan diberikan untuk membina berhala, sedangkan Nabi Allah Ibrahim sendiri dengan kudrat Baginda memusnahkan berhala.
Tok sami itu memberitahu, bahawa pelancaran perasmian tokong Buddha itu akan disempurnakan oleh TG Nik Aziz sendiri pada 6 Jun 2009. Kami pun mengambil keputusan untuk pergi sekali lagi pada 6 Jun.
Tetapi Datuk Anuar Tan yang datang merasmikan kerana menurut orang kampung TG Nik Aziz ditegur oleh beberapa tok guru pondok agar tidak terlalu menonjolkan diri di rumah ibadat Siam.
Kami diberitahu kos pembuatan patung itu sahaja melibatkan belanja lebih daripada RM2 juta. Kami terkesima. Kami terfikir syiar manakah ini? Hari demi hari berlalu, namun hati kami masih lagi pada Pas.
Kami mahukan sebuah parti Islam," desis hati kami. Pas telah sedarah dan sedaging dengan hati kami. Kami pejamkan sebelah mata. Ditakdirkan ayah dan adik saya pergi menggunting rambut di sebuah kedai gunting warga Siam.
Terkeluar hal politik ketika borak. Ayah saya menanyakan beliau (tukang gunting) parti manakah yang disokong ketika pilihan raya dulu. Maka tukang gunting Siam itu mengatakan beliau menyokong Pas kerana tok sami mereka berpesan jika Pas menang sekali lagi pembinaan berhala yang besar akan diluluskan dan peruntukan akan diberi.
Kami benar-benar terkejut. Allah Maha Besar telah meletakkan keraguan dalam hati kami. Sebagai seorang yang berpelajaran dan diberi akal, saya telah memujuk hati saya sendiri agar menjadi 'neutral' dan membuang sebentar rasa taksub saya terhadap Pas.
Ianya memang sukar, tetapi saya gagahkan jua. Saya berfikir dalam isu berhala, 'parti' manakah yang benar-benar membela Islam di dalam isu yang sememang besar. BERHALA!!!
Saya dikejutkan lagi dengan peruntukan tanah seekar yang diberi kerajaan negeri di tengah-tengah bandar Kota Bharu iaitu di Jalan Hamzah bagi membesarkan rumah ibadat kaum Hindu.
Terlalu ramai kah kaum Hindu di Kelantan sehinggakan rumah ibadat mereka yang baru sahaja siap dibina itu hendak diperbesarkan lagi?. Jika anda pernah menjejakkan kaki ke Kelantan, saya berani mengatakan amat sukar untuk mencari bangsa Hindu.
Apatah lagi kuil yang sedia ada ini sentiasa 'sunyi' dan jarang mendapat kunjungan kaum Hindu kerana sememangnya bilangan mereka amat sedikit.
Teringat saya ketika TG Nik Aziz melawat masjid di Kampung Berangan. Orang-orang kampung heboh sebentar apabila TG Nik Aziz hanya memberikan sumbangan RM50 ke dalam tabung masjid.
Kemudian beliau berangkat ke wat Siam di Tumpat setelah solat Jumaat dan mendermakan RM1,000 tanda keikhlasan dan hak sama rata kerajaan negeri.
Bagi mereka yang meragui saya boleh bertanya kepada orang-orang di Kampung Berangan yang merupakan kubu kuat Pas. Untuk yang lebih jelas silalah saudara sendiri ke mana-mana wat Siam @ kuil Hindu di Kelantan dan tanyalah sami di sana tentang 'prihatinnya' kerajaan Pas terhadap mereka.
Saya sedih. Mengapa untuk membina masjid orang Melayu Kelantan perlu bersusah payah ke sana-sini meminta derma, sedangkan kuil Hindu dan berhala mendapat bantuan. Zaman jahiliah kah ini.
Adakah hak sama rata itu menunjukkan jumlah masjid dan berhala perlu sama bilangannya? Pendapat peribadi saya, demi mendapat undi kaum lain, TG Nik Aziz perlu bertindak demikian.
Kuasa di tangan beliau. Susah sangat kah ingin menolak pembinaan berhala, sedangkan Nabi Ibrahim AS bergadai nyawa memusnahkannya. ALLAHUAKBAR!!! Parti politik semuanya sama.
Saya tidak menyokong Barisan Nasional kerana saya telah disemai sejak kecil lagi bahawa BN adalah kafir. Tapi sekarang saya merasakan semua kafir termasuklah Pas Kelantan.
Saya benci apabila Pas bergabung dengan DAP. Saya benci apabila Malaysia semakin jauh dari negara Islam apabila DAP berjaya memecah-belahkan UMAT ISLAM.
FITNAH BESAR DISEBALIK DEMOKRASI
APA YANG KITA TIDAK TAHU DISEBALIK SETIAP REVOLUSI
Bahawasanya setiap Revolusi itu adalah dibawah rancangan Golongan Elit Zionis iaitu dengan menggunakan Cara-cara berikut:
1. Merosakkan Moral, menimbulkan Fitnah serta melemahkan Pemimpin Sedia ada, yang sedang memerintah atau yang sedang memimpin secara Sistem Monarki, Khalifah, Kontitusi, Federasi, ataupun Maharaja,
Kemudian Semua sitem ini (yang mana sebelum kurun ke-19 diamalkan oleh hampir 900 Negara) Kemudian Sistem ini digantikan dengan : DEMOKRASI.
(SEBELUM MEREKA INI DITAKLUK OLEH KUASA ATAU PENGARUH PIHAK ZIONIS)
2. Kemudian mereka juga akan melaga-lagakan Rakyat agar bangkit untuk memberontak pemimpin sedia ada diatas nama REVOLUSI. (Atas sebab yang juga dicipta mereka, iaitu melahirkan pemimpin Yang rosak moral serta korupsi atau zalim).
3. Kemudian MEREKA AKAN MENAJA orang pilihan mereka bagi menjadi dalang atau ketua Revolusi tersebut serta disokong atau dibantu disegi taktikal, aturcara, Bantuan kewangan atau dana.Sehingga ia akan menjadi pemimpin Seterusnya.
4. Dalam keadaan ini, Pemimpin yang memimpin selepas Era Revolusi ini sebenarnya adalah Agen kepada Agenda mereka, yang mana akan meneruskan atur cara mereka di Negara atau bumi tersebut. Dalam keadaan semuanya mesti mengikut telunjuk mereka.
5. Mereka menubuhkan suatu Negara Sample atau Model bagi Demokrasi iaitu United State of Amerika. Padahal itu juga sebenarnya bukanlah Negara mereka, juga bukan wajah asal kepimpinan mereka. Kerana mereka yang sebenar ialah yang masih mengekalkan pemerintahan Monarki Mutlak iaitu RATU serta PAUS. Yang memimpin melalui intitusi Gereja. (yang akan kembali ke Tanah Sion di Jerusalem).
6. Ini bermakna pada kurun ke 19 dan 20 ini, Sistem yang Ulung dan benar hanyalah diamalkan Golongan Mereka (Zionis), Manakala seluruh kepimpinan di Negara-negara lain terutamanya Negara islam telah ditukarkan oleh mereka kepada Sistem demokrasi. (Selepas penghapusan Sistem Khalifah).
7. Mereka telah merompak cara dan kaedah islam, iaitu Sistem Khalifah (sejenis Sistem Monarki Asal). Serta melemparkan sistem demokrasi kepada Negara-negara lain. Terutamanya seluruh Negara islam.
INI BERMAKNA MEREKA SEBENARNYA SEDANG MEMIMPIN DUNIA MENGGUNAKAN SISTEM MONARKI CARA KHALIFAH ( iaitu Pemerintahan Ratu serta PAUS).
MANAKALA HAMPIR SELURUH NEGARA YANG BANGKIT ATAS NAMA REVOLUSI SEBENARNYA ADALAH HAMBA MEREKA YANG TELAH DIAJAR, DIASUH, DITAJA SERTA DI TAMBAT AGAR MENGIKUT TELUNJUK MEREKA DALAM MENJADI PEMERINTAH NEGARA. ( iaitu Agen Mereka di atas wajah tempatan).
YANG BERMAKNA PEMIMPIN-PEMIMPIN NEGARA ISLAM TERUTAMANYA (ABAD KE-20), HAMPIR SEMUANYA TERDIRI DARIPADA GOLONGAN MUNAFIKIN. YANG SEBENARNYA ADALAH HAMBA KEPADA PEMERINTAHAN RATU ATAU PAUS.
MEREKA UMPAMALAH AGEN. KERANA MEREKA DIBANGKITKAN OLEH HUTANG BUDI KEPADA SISTEM MONARKI ZIONIS.
ITULAH HAKIKATNYA YANG SEBENAR.
KERANA SEBENARNYA MUSTAHIL REVOLUSI AKAN BANGKIT TANPA SEBARANG DANA, MELAINKAN MEREKA (ZIONIS) AKAN MEMBEKALKAN DANA SECUKUPNYA BAGI SETIAP REVOLUSI. Sehingga yang Berjaya ialah mereka, bukannya Revolusi tersebut.
ITULAH PERCATURAN DAN RENCANA ‘THE MASON’.
MELAINKAN ISLAM AKAN KEMBALI DI PIMPIN SECARA MONARKI KHALIFAH,
IAITU DIBAWAH PIMPINAN ALMAHDI- ALMUNTADZAR
Credit to : Halaqah.net
Kuasa POLITIK Melayu akan DIHAPUSKAN..
Mungkin Melayu tidak faham apa yang terkandung dalam risalah yang diedarkan oleh DAP tetapi maknanya adalah :"Kita dah monopoli ekonomi. Ayuh! DAP, MCA, Gerakan! Mari kita kawal politik Malaysia. Sekarang atau tidak.."
Nampaknya memang semakin lantang kaum kaum Cina DAP membangkitkan sentimen perkauman didalam Malaysia ini. Kuasa Melayu yang selama ini bersama sama MCA dan Gerakan serta parti parti lain telah digugat secara jelas melalui sifat Racist permainan DAP.
Jika ianya menjadi realiti maka seluruh kaum cina akan bersatu bagi memastikan kuasa politik Melayu lenyap sepertimana yang berlaku kepada Singapura. Melayu didalam PKR dan PAS mungkin akan kenyang dengan sogokan DAP sepertimana yang telah berlaku kini di P. Pinang, Selangor dan lain lain tempat tetapi anak bangsa kelak?
Sudah sampai masaanya orang Melayu bersatu. PRU 13 nanti bersatulah orang Melayu demi kuasa yang semakin mengecil ini. Bukan untuk kegemilangan kita tetapi untuk kegemilangan anak anak kita yang akan datang.
Sumber: http://www.papagomo.com/2012/11/eksklusif-dap-mula-edarkan-risalah.html
Dasar Diskriminasi - Majikan swasta utamakan Cina
Dalam sektor swasta, peluang pekerja Bumiputera tidaklah sebaik pekerja keturunan Cina atau India. Malah ada diskriminasi secara halus terhadap Bumiputera.
Baru-baru ini, dua orang penyelidik – Dr Lee Hwok Aun dari Universiti Malaya dan Dr Muhammed Abdul Khalid dari Universiti Kebangsaan Malaysia keluarkan hasil kajian bersama mereka berkenaan diskriminasi kaum dalam guna tenaga sektor swasta.
Portal berita Malaysian Insider, petik laporan mereka sebagai berkata, majikan swasta bagi lebih banyak keutamaan kepada pemohon Cina berbanding rakan Melayu mereka.
Ini, kata Malaysian Insider, membuktikan yang diskriminasi kaum adalah kekunci kepada proses pengambilan pekerja oleh sektor swasta.
Kata laporan itu lagi, kemungkinan graduan Cina dipanggil temu duga berdasarkan resume yang mereka hantar adalah lebih tinggi daripada graduan Melayu.
Kajian mereka dapati, majikan lebih cenderung kepada pemohon Cina, khasnya kerana faktor kesesuaian dan ciri-ciri tersembunyi yang tidak disebutkan dalam syarat permohonan jawatan. Majikan swasta, yang majoritinya bukan Bumiputera, lebih memilih apabila mengambil pekerja Melayu.
Diskriminasi pemohon Melayu
Akibatnya, tidak banyak pemohon Melayu yang dipanggil temu duga, apatah lagi diambil bekerja, walaupun kelulusan dan pengalaman kerja mereka serupa dengan pemohon Cina.
Penyelidik Melayu-Cina itu dapati, di mana pemohon Cina dan Melayu mendakwa mereka fasih bahasa Cina dan lulus daripada universiti yang dikawal oleh orang Cina atau oleh orang asing, pemohon Cina masih dibagi keutamaan.
Banyak lagi hasil yang berguna daripada penyelidikan Melayu-Cina itu. Tapi malangnya Kunta Kinte tak nampak pula dilaporkan dengan meluas walaupun mereka dah buat seminar khas hebahkan hasil kajian mereka.
Dedah hipokrasi politik, ekonomi
Oleh sebab itu, Kunta Kinte merayu kepada media massa, parti-parti politik dan penggiat masyarakat, tak kira Melayu, Cina atau India, kerajaan atau pembangkang, bagilah perhatian kepada hasil kajian macam ini.
Kalau betullah kita komited kepada 1Malaysia, satu negara dan satu hala, Kunta Kinte rasa kita wajib dedah dan pecahkan hipokrasi politik dan ekonomi ini. Itu jugalah pesanan Kunta Kinte kepada seorang menteri kanan Melayu baru-baru ini.
Kalau kita tak dedah dan pecahkan hipokrasi yang berkaitan bangsa, bahasa, politik dan ekonomi, selama itulah kita akan hidup dalam khayalan dan tertipu oleh hujah-hujah yang memesongkan. Wallahualam.d
artikel dari : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MajikanswastautamakanCina/Article/
China larang pegawai, pelajar berpuasa
BEIJING - Pihak berkuasa di wilayah Xinjiang, barat daya China melarang para pegawai dan pelajar beragama Islam daripada berpuasa pada bulan Ramadan.
Tindakan itu mendorong sebuah kumpulan hak asasi memberi amaran keganasan terbaharu akan berlaku di rantau berkenaan.
Pekeliling yang disiarkan di beberapa laman web pemerintah meminta pemimpin Parti Komunis supaya mengehadkan aktiviti keagamaan penduduk Islam sepanjang bulan puasa termasuk berpuasa dan berkunjung ke masjid.
"Para pegawai Parti Komunis, kakitangan awam (termasuk mereka yang bersara) dan pelajar dilarang daripada menyertai aktiviti keagamaan pada bulan Ramadan," menurut pekeliling berkenaan.
Xinjiang dihuni oleh sembilan juta etnik minoriti Uighur yang beragama Islam.
Penduduk Islam sebelum ini mendakwa sering menjadi mangsa penganiayaan pemerintah China.
Keganasan etnik terburuk berlaku di Xinjiang pada 2009 apabila penduduk Uighur menyerang bangsa Han di bandar Urumqi yang menyebabkan 200 orang terbunuh. - AFP
sumber: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0802&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm
Komen:
Adakah kita negara kita ini berlaku seperti itu..??
Pihak Pembangkang yang terang-terangan menyokong perjuangan komunis di negara ini .
Apa akan jadi bila mereka berjaya menguasai pemerintahan negara...
fikir-fikirkan...
Rahsia DAP guna label RASIS untuk orang Melayu !
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata golongan pembangkang khususnya DAP akan menggunakan label ‘rasis’ kepada golongan Melayu apabila mereka berusaha mempertahankan bangsa mereka.
Menurutnya, label itu sengaja dibuat untuk melindungi satu hakikat utama iaitu golongan yang menuduh rasis itu sebenarnya pengamal sikap rasis untuk melindungi bangsanya sendiri.
“Saya dapati pihak parti lawan terutamanya DAP telah berjaya mengalihkan (konsep) perjuangan kepada kepentingan bangsa kepada kepentingan yang tidak berasas kepada bangsa..kepada sesiapa yang bercakap berkenaan bangsa akan dicap sebagai rasis”.
“Malangnya orang Melayu terbawa-bawa dengan kemungkinan mereka dicap sebagai rasis…(sehingga) dengan itu mereka tidak nampak bahawa orang yang menegur yang berkata mereka rasis, (sebenarnya) mereka sendiri adalah rasis, sebab itu mereka membuat teguran.
“Mereka membuat teguran itu untuk kepentingan bangsa mereka, tetapi kerana orang Melayu tidak begitu berani ataupun tidak begitu bijak untuk menunjuk perasaan terhadap orang menegur ini, maka kita sampai kepada satu tahap, kita tidak berani bercakap berkenaan orang Melayu kerana kita takut buat satu kesalahan.
“Inilah yang jadi satu masalah sekarang ini. Ini adalah satu dilema Melayu yang baru.
sumber: http://sejarahmelayu.blogspot.com/2012/07/panas-tun-mahathir-dedahkan-rahsia-dap.html
Langgan:
Catatan (Atom)





