Orang Islam Menjual Maruahnya Kepada Kafir.

Guan Eng dalam doa Jumaat

TASEK GELUGOR: Beberapa masjid di Pulau Pinang dikesan menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin kepada nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam doa khutbah kedua solat Jumaat.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pihaknya mengesan perbuatan itu di beberapa masjid di Permatang Pauh, Tasek Gelugor dan Jelutong sejak minggu lalu.
Katanya, nama individu yang dibacakan dalam doa itu sepatutnya nama ketua agama Islam sesebuah negeri, iaitu Raja dan bagi Pulau Pinang yang tidak mempunyai Raja, ketua agama Islam adalah Yang di-Pertuan Agong.
Masjid terbabit menggugurkan nama Yang di-Pertuan Agong dalam doa khutbah kepada nama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang jelas salah serta tidak boleh dilakukan. Ia bertentangan dengan keputusan Majlis Raja-Raja beberapa ketika dulu dan UMNO Pulau Pinang membantah tindakan yang seolah-olah menggunakan agama untuk politik, katanya pada sidang media selepas mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, di sini semalam.

Ahmad Zahid berkata, pihaknya mempunyai bukti kukuh dan akan mengambil tindakan termasuk membuat laporan polis menerusi Biro Agama yang diketuai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Berangan, Shahbudin Yahaya.

Kami mahu perkara ini disiasat dan mahu tahu sama ada arahan (menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong kepada nama Guan Eng dalam doa khutbah solat Jumaat) dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO, berkata pihaknya mengesan penyelewengan tabung masjid di negeri ini yang menerima bayaran sewa bazar Ramadan di tanah rizab masjid.
Sementara itu, menurut twitter Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng, beliau berkata, siasatan awal menunjukkan tiada masjid di negeri itu menggunakan nama beliau dalam doa khutbah kedua solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

nota:-
Mengapa perkara ini berlaku..?
Pemimpin kafir yang terang-terangan menekan orang islam di Pulau Pinang begitu disanjung. Pemimpin yang jelas memang islam di ketepikan.
Inilah kerja biadap oleh orang islam yang tak bermaruah. Kerana politik , agama tergadai.
Alahai Pulau pinang...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Facebook Kami