TV3 MENGHINA ISLAM...!!!


Iklan raya TV3 ini sebenarnya menghina umat islam di Malaysia.
Cuba anda lihat betul-betul.

Seorang budak lelaki digambarkan sedang membaca al-quran , tiba-tiba muncul imej beca dan kemudiannya ia jadi macam kenderaan santa-claus
Malah ada juga objek bunga lotus yang berkait rapat dengan simbol utama tuhan Buddha.
Cuba anda fikirkan, apakah mesej yang hendak disampaikan....
Adakah untuk menukarkan orang islam (kanak-kanak membaca Al-quran) kepada agama lain iaitu Kristian atau Buddha..
Ini sebenarnya adalah penghinaan keatas umat islam.
Diharap pihak TV3 dapat menarik balik iklan ini dan memohon maaf kepada seluruh umat islam di Malaysia.

Perhatikan betul-betul, Adakah ia ayat al-quran?? diterbalikkan??
apa maknanya??

berikut adalah analisis dari:-

Scene 1 – Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan ting…kap yang terbuka.

1.Budak Lelaki Melayu – Orang Melayu
2.Buku – Bible
3.Pondok Buruk Beratap Rumbia – Kemiskinan
4.Malam Yang Gelap – Islam yang mundur
5.Mentol Lampu – Pencerahan (Illumination) – Lucifer@Iblis
6.Sangkar Burung – Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM
7.Tingkap Terbuka – Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran

Scene 2 – Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).

1.Mukasurat Bergambar – Bible (Christianity)
2.Mukasurat Jawi terbalik – Al-Quran yang dihinakan
3.Beca Merah – Samaran untuk kenderaan Santa Claus
4.North Star – Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)Pokok Krismas – Simbol Paganism

Scene 3 – Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.

1.Bintang-bintang kecil beraura – Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih – POPE – Ketua Agama Kristian
3.Pelawaan Menaiki Beca – Pelawaan Masuk Kristian

Scene 4 – Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)

1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu – Bangsa Melayu

Sungguh halus apa yang cuba diselitkan dalam iklan ini. Terpulang pada kita semua. Pada Khai bila pertama kali nengok iklan ni pun, dah nak geleng-geleng kepala. Mula-mula iklan dah hancus. Bila la TV3 nak prihatin sikit pada agama ni ye? Owner orang Islam kot tapi kenapa mesti jadi begini?

Konsep 1 Malaysia tak boleh disamakan dengan konsep 1 Agama. Ada otak pakai la dey!!

Update: Pihak TV3 telah menarik balik iklan ini kerana mengambil kira pendapat penonton yang mahukan iklan tersebut dihentikan tayangannya. Terima kasih TV3 dan Datuk Farid Ridzuan.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Facebook Kami