Istilah 'keling' dibenarkan dalam kamus dewan
KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini semalam memerintahkan bahawa penggunaan istilah 'keling' dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga dibenarkan kerana ia adalah untuk tujuan pembelajaran.
Hakim Lau Bee Lan yang memutuskan demikian dalam kamar kemudian menolak rayuan Angkatan Pelopor India Muslim Selangor dan Wilayah Persekutuan (APIM) terhadap keputusan Penolong Pendaftar Kanan (SAR) Mahkamah Tinggi, Nik Isfahanie Tasnim Wan Abdul Rahman.
Pada 29 Disember 2006, Nik Isfahanie Tasnim membenarkan permohonan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk membatalkan saman pemula terhadapnya berhubung istilah 'keling' yang difailkan oleh APIM yang didakwa menghina masyarakat India di negara ini.
Menurut peguam DBP, Md. Radzi Mustafa, Hakim Bee Lan dalam penghakimannya juga menyatakan penggunaan istilah 'keling' dalam kamus itu bukan mala fide (niat jahat) kepada mana-mana pihak dan DBP hanya melaksanakan tanggungjawab yang ditetapkan.
Katanya hakim juga berpendapat saman pemula APIM itu adalah mudah dan tidak mempunyai peluang untuk berjaya.
Ditanya sama ada istilah 'keling' masih digunakan dalam kamus edisi keempat, Md. Radzi berkata, ia masih digunakan tanpa sebarang contoh perkataan.
Pada 22 Disember 2005, Pengerusi APIM, Ramli @ Mohd. Othman Ravinthranath Abdullah menyaman DBP dan
Dalam saman pemula itu, Ramli menamakan DBP, Ketua Pengarah DBP, Menteri Pendidikan, Menteri Keselamatan Dalam Negeri, syarikat pencetak Harian (Zulfadzli) Sdn. Bhd., dan Kerajaan Malaysiasebagai defendan. - Bernama
Perkataan keling berasal dari bahasa Sanskrit "Kalingga" yang merujuk kepada sebuah daerah di India Tenggara. Pada masa iniperkataan ini kebiasaannya merujuk kepada suku bangsa Dravida termasuk kaum Tamil, Telugu dan Malayalam. Di kawasan yang dulunya Kalinga, penduduknya pada hari ini bertutur dalam bahasa Telugu dan Oriya.
Makna asal
Dari segi sejarah, perkataan keling merujuk kepada Benua Keling, kini India, sebagaimana yang disebut dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dan Hikayat Hang Tuah mengenai pelayaran ke benua Keling, kampung Keling dan sebagainya. Selain itu perkataan keling menjadi lumrah di keseluruhan Tanah Melayu pada masa itu. Penggunaan perkataan ini dapat dilihat melalui Masjid Kapitan Keling diPulau Pinang, Tanjung Keling, Melaka, dan kuih telinga keling di Johor. Kemungkinan lain adalah ia merujuk kepada Kerajaan Kalingajuga merupakan sebuah kerajaan besar India purba (Bharata Varsha) bersama Vodhas dan sepanjang bersama Kiratas yang tinggal di timur.[1]
Disebabkan lumrahnya penggunaan perkataan keling, keturunan dari India lain seperti suku Indo-Aryan seperti di utara India, Pakistan,Bangladesh juga dikenali sebagai bangsa keling dari Benua Keling (kini dikenali sebagai negara India).
[sunting]Penggunaan
Perkataan keling selalunya digunakan untuk merujuk masyarakat India tetapi istilah ini dianggap menunjukkan rasa tidak hormat kepada masyarakat India di Malaysia. Ada mereka yang menyamakan istilah ini seperti negro untuk masyarakat Amerika Afrika.
Peribahasa seperti janji keling misalnya digunakan oleh masyarakat berbahasa Melayu untuk merujuk kepada orang yang suka berbohong, memberi kenyataan yang bercanggah dan mereka yang tidak tetap pendirian.
Dalam masyarakat Cina, perkataan keling-a (Hokkien; 吉寧仔; POJ: kiet-lêng-á), keling kwai (Kantonis; 吉寧鬼; Yale: git-lìhng-gwái), dan keling-kia (Teochew) selalu digunakan di Malaysia dan Singapura. Perkataan-perkataan ini boleh digunakan dalam niat baik atau tidak. Dalam suku Hokkien dan Teachew tambahan -a dan -kia selalunya merujuk kepada suku bukan Cina dan dalam Kantonis, istilah kwai bermaksud "hantu" atau "syaitan" dan digunakan juga untuk etnik bukan Cina.
[sunting]Dianggap menghina
Perubahan perkataan keling daripada istilah umum bagi kaum India bertukar menjadi satu istilah yang dianggap menghina bermula semenjak pertengahan 1970-an.
Kemungkinan perubahan ini disebabkan orang India sendiri memandang rendah mereka yang berasal dari India Selatan dan tidak mahu dikaitkan dengan panggilan keling. Kemungkinan yang lain adalah dari segi sejarah, kebanyakan pendatang dari India yang awal bekerja di ladang dan dikenali sebagai keling. Oleh itu apabila mereka mencapai tahap ekonomi yang lebih tinggi, mereka mahu menjauhkan diri daripada gelaran yang mempunyai stigma kelas bawahan.
Usaha utama menghalang penggunaan "keling" dalam bahasa melayu diketuai oleh Angkatan Pelopor India Muslim (APIM). [2]
Walau apapun punca asalnya, perkataan keling kini tidak digemari oleh kaum India di Malaysia, Singapura, dan Indonesia. Di Indonesia dan Malaysia istilah atau perkataan "keling" sering dianggap satu kata makian dan sepatutnya di[guna]]kan dengan hati-hati.
Kontroversi ini tambah menyala apabila Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menyenaraikan perkataan asal "keling" dan ditambah dengan beberapa perkataan penambah seperti keling kapal karam dan keling mabuk todi. Sudah tentulah sebarang perkataan asal, apabila ditambah perkataan tambah negatif akan memberi gambaran negatif kepada makna asal keling tersebut.
[sunting]Keling dalam Kamus Dewan
Pada 22 Disember 2005, Pengerusi Angkatan Pelopor India Muslim Selangor dan Wilayah Persekutuan (APIM), Ramli@Mohd Othman Ravinthranath Abdullah menyaman DBP, Ketua Pengarah DBP, Menteri Pendidikan, Menteri Keselamatan Dalam Negeri, syarikat pencetak Harian (Zulfadzli) Sdn Bhd dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan. Ramli memohon supaya istilah itu dipadamkan dari Kamus Dewan Edisi Ketiga kerana menghina kaum India Malaysia. Tetapi Timbalan Ketua Pengarah DBP, Abu Bakar Mohamad berhujah bahawa APIM tidak mempunyai 'locus standi' (hak di sisi undang-undang) untuk mengemukakan saman tersebut bagi pihak kaum India Muslim.
Pada 29 Disember 2006, Penolong Pendaftar Kanan (SAR) Mahkamah Tinggi, Nik Isfahanie Tasnim Wan Abdul Rahman membenarkan permohonan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menafikan dakwaan APIM bahawa 'Keling' menghina kaum India Malaysia. Pada 14 Mei 2009, Hakim Lau Bee Lan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, memutuskan istilah 'keling' dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga dibenarkan kerana ia untuk tujuan pembelajaran. Tiada mala fide' (niat jahat) kepada mana-mana pihak dan DBP hanya melaksanakan tanggungjawab yang ditetapkan.[2]
[sunting]Kerugian kepada bahasa Melayu sekiranya dihapuskan
Kontroversi perkataan "Keling" merugikan Bahasa Melayu kerana perkataan lain yang semaksud adalah kurang tepat. Di utara Malaya, perkataan "Hindu" juga digunakan untuk merujuk kepada bangsa Keling, tetapi ini adalah tidak tepat kerana tidak semua bangsa Keling adalah beragama Hindu. Ada juga yang beragama Islam dan Kristian.
Perkataan "orang India" juga digunakan di negeri pantai timur Malaya untuk merujuk kepada bangsa Keling, tetapi perkataan ini juga kurang tepat. Ia agak mengelirukan apabila ingin membezakan antara bangsa Keling Malaysia dan yang dari India ("India mari"). Sesetengah golongan bangsa Keling juga tidak menyokong penggunaan ini kerana menimbulkan tanda tanya atas kesetiaan politik mereka kepada Malaysia apabila dikenali sebagai "orang India".
Perkataan "Tamil" juga dianjurkan supaya digunakan, tetapi ia juga kurang tepat. Tidak semua bangsa Keling adalah dari suku Tamil, kerana bangsa Keling juga merangkumi suku Telugu, Malayalam, Gujarat dan lain lain. Penggunaan ini juga ditentang oleh suku Telugudan Malayalam yang menganggap penggunaan perkataan "Tamil" akan meminggirkan budaya mereka di mata masyarakat.
Ada pihak menyarankan supaya perkataan "Keling" ini dinobatkan semula supaya boleh digunakan secara umum di dalam bahasa Melayu. Kontroversi ini tidak begitu goyah di dalam masyarakat itu sendiri kerana jati diri mereka yang kuat. Mereka mengenali masyarakat sendiri sebagai kaum Aryan, yang bermaksud “kaum yang mulia”[3]. Sejarah bangsa Aryan yang bermula dari zaman kota Mohenjo Daro telah memberi nilai budaya yang kuat dan tidak menumpu hal remeh seperti kontroversi perkataan Keling itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan