PERKASA bantah penggantungan 2 pengetua sekolah


KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) membantah penggantungan tugas dua pengetua sekolah yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman dan menggesa keputusan itu dikaji semula.

Bercakap pada sidang media di sini hari ini, Naib Presiden PERKASA, Dr Zubir Harun menuntut siasatan menyeluruh, telus dan adil dilakukan untuk memastikan keadilan ditegakkan ke atas dua individu terbabit.
Mereka ialah Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Putra Pulai, Johor dan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Selambau, Sungai Petani, Kedah.

Mereka digantung daripada tugas dan masing-masing kini ditempatkan di Jabatan Pelajaran Johor dan Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda berkuat kuasa 23 Ogos lalu. Keputusan itu dinyatakan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat Isnin lalu.


ULASAN :-
Inilah yang dinantikan. Teruskan berjuang demi bangsa.. walaupun sudah agak lewat...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Facebook Kami